Hiburan

“Saya Ingin Berehat” -  Naim Daniel Cuba Keluar Dari Zon Selesa Dalam Karya Seni Nyanyian

gempak
Ainun
13/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ingin Berehat” -  Naim Daniel Cuba Keluar Dari Zon Selesa Dalam Karya Seni Nyanyian
Penyanyi, Naim Daniel meluahkan dirinya ingin berehat sebentar dari genre lagu yang pernah dibawanya.
Menurut Naim, dia ingin keluar dari zon selesa dalam menghasilkan karya bergenre balada dan kini ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam penulisan lirik untuk kumpulannya.
“Saya rasa saya ingin berehat seketika daripada genre balada yang saya selalu hasilkan selama ini.
“Bukanlah saya mahu meninggalkan genre itu sepenuhnya, tetapi saya hanya ingin keluar dari zon selesa. Saya masih lagi menghasilkan lagu dalam genre tersebut untuk jenama Naim Daniel. Namun, untuk kumpulan MUAH!, saya mencari lirik yang tidak terlalu berat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Sumpah" itu menyatakan bahawa dia menerima dengan baik respon netizen yang menyatakan penulisan untuk lagu "BFF!" terlalu mudah difahami.
Baginya, apabila dia menukar cara penulisan untuk menghasilkan karya, Naim berpendapat bahawa netizen dapat membezakan pembawakan karakter Naim Daniel dan MUAH! yang berbeza.
“Apa yang boleh saya katakan ialah apabila orang memberi ulasan kepada saya tentang penulisan lagu "BFF" ini, saya merasakan saya ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu, kan? Apabila saya menerima maklum balas seperti ini, sekurang-kurangnya saya tahu perbezaan antara penulisan untuk Naim Daniel dan penulisan yang lebih mudah untuk kumpulan MUAH!.
“Namun, saya menerima komen daripada orang luar dengan baik, kerana penulisan untuk MUAH! mencerminkan karakter kumpulan yang saya ingin bawakan. Bagi saya, karakter Naim Daniel mempunyai identiti yang berbeza,” jelasnya.
Naim Daniel berkata demikian ketika ditemui di sidang media BFF MUAH! yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, vokalis kumpulan MUAH! itu turut menyatakan bahawa sebelum kemunculan kumpulan tersebut diumumkan, mereka terlebih dahulu menjadikan beberapa kumpulan yang terkenal sebagai rujukan.
Tambahnya lagi, dia akan berusaha untuk membawa kumpulannya menebus industri muzik Malaysia kerana dia merasakan belum ada lagi kumpulan dengan karakter Pop Rock di negara ini.
“Kami juga merujuk beberapa band untuk dijadikan sebagai rujukan kami. Antara contoh yang kami rujuk adalah kumpulan Wings, 5 Second To Summer, Green Day dan banyak lagi.
“Saya rasa macam sudah lama Malaysia mempunyai band yang bergenre seperti ini untuk memasuki industri muzik. Saya rasa sedikit rugi disitu. Jadi, saya cuba untuk membawa kumpulan MUAH! ini ke dalam industri muzik di Malaysia,” kongsinya.
Sementara itu, Naim turut berkongsi bahawa mereka akan mengeluarkan album EP yang pertama serta bakal melakukan jelajah kumpulan untuk mempromosikan kumpulan MUAH!.
“Kami juga akan mengeluarkan EP untuk kumpulan MUAH! dan kami akan melakukan jelajah kumpulan MUAH! ini nanti,” katanya.

BERITA TRENDING: “Nenek Saya Langsung Tak Ada Instagram, Tapi Alhamdulillah Tetap Bahagia” - Shahir

BERITA TRENDING: BSFM: Ramai Makan Hati Abang Cameraman Ajar Jessi Cakap ‘I Love You’ Dalam Bahasa Sarawak - "Dekat Sangat Tu..."

BERITA TRENDING: Terbuka Kongsi Kisah Aoki, Nabila Huda Mahu Beri Kesedaran Tentang Penyakit Haiwan - "Bila Baca Komen Ramai.."

BERITA TRENDING: “Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024