Jika anda pengguna platform TikTok dan penonton tegar Gegar Vaganza 9 (GV9), pasti ada antara video-video milik Ann atau nama akaun TikTok miliknya @annartis662 yang muncul di For You Page (FYP).

Menerusi video-video yang dikongsikan, Ann dilhat sering memperaga fesyen yang dikenakan di sekitar Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor sebelum konsert GV9 bermula. Setiap minggu, pasti fesyen berlainan yang ditampilkan oleh Ann.

Begitupun, tidak semua senang melihat content yang dikongsi oleh Ann. Menerusi ruangan komen, ada yang memanggilnya sebagai pemandu lori dan tidak kurang menyamakan Ann dengan penggusti luar negara.

Sungguhpun begitu, Ann berkata, dia tidak kisah dengan cemuhan yang diterima. Menurut Ann, dia selesa menjadi diri sendiri.
@annartis662

Mlm ni gv minggi ke 2

♬ original sound - Fasha_Ariana_Official

“Saya tahu saya viral. Cuma, saya tidak boleh menutup mulut orang. Memang macam-macam mereka cakap tapi saya tak reply satu pun. Apa yang buruk tu, kita biarkan. Kita hanya ambil yang baik je.

“Sebabnya, saya jadi diri sendiri. Apa orang nak cakap lantaklah. Mulut orang kan, kita tak boleh nak buat apa. Janji kita tak kacau orang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai rutinnya yang suka melaram ketika menonton konsert GV9, Ann berkata, dia memang menyediakan pakaian berlainan setiap minggu.

“Kalau ada 10 minggu Gegar Vaganza, maka ada 10 baju yang akan saya pakai. Saya minat GV ni dah lama, sejak GV7. Masa tu pun saya ada kongsi content seperti sekarang. Cuma baru sekarang je viral.

“Saya memang suka tonton di auditorium sebab lagi puas. Sehinggakan bos saya pun tegur. Dia kata, setiap kali Ahad ke Ann hilang,” ujarnya sambil tertawa.

Ditanya apakah jenis fesyen yang akan dikenakan pada konsert final GV9 kelak, Ann berkata: “Tunggulah kemunculan saya!” katanya yang menyokong Jaclyn Victor dan mengharapkan bintang itu memenangi GV9.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!