Berita

"Saya Jadi Makin Hilang Deria Bau" - Shakilla Khoriri Alami Masalah Hidung, Terpaksa Bergantung Kepada ...

gempak
ZULHILMI JALIL
01/06/2020
09:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Jadi Makin Hilang Deria Bau" - Shakilla Khoriri Alami Masalah Hidung, Terpaksa Bergantung Kepada ...
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan kebimbangan apabila merasakan dirinya semakin hilang deria bau.
Menurut Shakilla, dia sudah merujuk kepada doktor selepas mendapati terdapat ketulan lendir dalam rongga hidungnya, namun, masalah tersebut tetap menghantuinya sehingga kini.
"Peratusan oksigen yang masuk hanya 40 peratus dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan 'benda alah' ni. Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak tapi boleh bertukar ke kiri atau kanan hidung.
"Pernah pergi klinik tapi doktor kata hanya alergi dan kesan selesema atau bersin berkali-kali.
"Saya jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni," katanya menerusi satu entri di Instagram.
‼️‼️‼️ . . Assalamualaikum , nak tahu kalau ada antara followers i yang TAHU atau pernah mengalami masalah macam ni. . Rasanya masalah ni dah agak lama pada i tapi lepas bersalin Ameena ia jadi makin teruk. Peratusan oxygen yang masuk hanya 40 % dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan 'benda alah' ni. Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak TAPI ia boleh bertukar ke kiri atau kenan hidung. ( Tak pasti ia bergerak atau both hidung ada lendir ni ) ? . . Pernah pergi klinik tapi Doctor hanya kata elergic dan kesan dari selsema atau bersin berkali2. . After that, all this while i hanya bergantung pada nasal spray yang dibeli kat farmasi. Makin hari makin kerap sebab ruang oxygen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni. . Kalau sesuatu yang buat kita makin tak selesa rasanya bukan kesan dari selsema atau bersin but must be something else. I jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni. . So minta jasa baik semua orang untuk share pengalaman atau solusi 'Sakit' ni atau mungkin ada antara kawan2 i yang lebih tahu punca masalah i ni. . . ????????????
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Jelasnya lagi, buat masa sekarang dia hanya bergantung kepada ubat yang dibeli daripada farmasi sahaja.
"Selama ini, saya hanya bergantung pada spray hidung yang dibeli di farmasi. Makin hari makin kerap sebab ruang oksigen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni," kata isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu.
Ujar Shakilla, masalah tersebut menjadi semakin kritikal selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena.
Begitupun, di ruangan komen, rata-rata meminta isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu merujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).
"Kena jumpa doktor pakar ENT, bukan doktor biasa.
"Suami saya hari tu sampai kena bedah sebab susah nak bernafas, macam tu lah," komen sebahagian pengikutnya.
Saksikan drama lakonan Shakilla Khoriri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024