Hiburan

"Saya Jarang Tonton Filem Aksi Tapi..." - Wow! Filem Wira Terima Pujian Daripada Gusti Putri?

Hanafis Haris
27/11/2019
10:56 MYT
Filem aksi terbaru arahan Adrian Teh bukan saja mendapat respon positif orang ramai, malah ia turut menerima pujian dari pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina.
Pujian itu dikongsi oleh pelakon utama Wira sendiri, Hairul Azreen menerusi Instagram Story hari ini.
Menerusi gambar yang dimuat naik, Tiara yang membawa watak Gusti Puteri dalam filem Puteri Gunung Ledang memuji kualiti filem berkenaan.
"Saya dah tengok memang best, syabas Hairul Azreen.
"Biasanya saya tak pergi pun tengok filem aksi, tengok Joker pun tutup mata. Tapi kamu sangat bagus dalam Wira, Hairul," katanya.
Sementara itu, Hairul yang membalas komen berkenaan turut terharu dengan pujian daripada 'Gusti Putri' tersebut.
"Teruja saya bila Puan Sri Tiara Jacquelina tengok filem Wira. Pelakon hebat Puteri Gunung Ledang ni," katanya.
Anda boleh lihat komen Tiara di bawah.
Sementara itu, pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh saksikan filem berkenaan yang telah pun mula ditayangkan.
Sehingga kini, Wira telah pun meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan!
BACA: Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.