Laman Utama

“Saya Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais, Sedap!” - Andmesh Sampai Malaysia Terus Tanya Makanan Best

gempak
Mya Amri
18/05/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais, Sedap!” - Andmesh Sampai Malaysia Terus Tanya Makanan Best
Penyanyi Indonesia, Andmesh menyatakan rasa teruja dapat menikmati makanan Malaysia.
Menurut Andmesh, dia sempat mencuba beberapa jenis makanan namun tertarik dengan mi goreng mamak dan teh ais.
“Sampai di Malaysia soalan pertama saya adalah di mana tempat ada makanan enak ya?
“Saya suka makan mi goreng mamak. Sedap! Bukan setakat makan ya saya siap bungkus lagi. Bagi saya rasanya cukup lengkap dengan rempah. Betul sedap!
“Sebenarnya masa mula-mula saya tersalah sebut, saya ingin memesan teh o ais tetapi terpesan teh ais. Rasanya enak! Jadi dari situ saya mula jatuh cinta dengan teh ais,” ujarnya.
Andmesh berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas mengenai konsert, Andmesh berkata dia tidak sabar untuk bertemu peminat.
“Saya selalu meletakkan prinsip dalam diri iaitu untuk tampil dengan idea yang kreatif dan tersendiri.
“Kata teman-teman saya iaitu Rizky dan Mahalini, sambutan peminat di Malaysia sangat menyeronokan. Itu yang membuatkan saya lebih teruja, ” katanya.
Istimewanya lagi sewaktu sidang media yang berlangsung di The Curve Mutiara Damansara itu juga turut menyampaikan dua buah lagu popularnya berjudul Cinta Luar Biasa dan Hanya Rindu
Konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur akan berlangsung pada 4 Jun ini bertempat di Dewan Plenary KLCC.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024