Pemain The Red Giant Brendan Gan menyeru orang ramai untuk menonton kisah pasukan bola sepak cacat penglihatan negara dalam sebuah filem Eye On The Ball (EOTB) yang akan ditayangkan bermula esok.

Menerusi laman YouTube R.AGE, Brendan sempat menonton sedutan filem tersebut menerusi telefon pintarnya dan kelihatan sebak.

“Ini memang menakjubkan, dapat melihat mereka bermain seperti kami di atas padang cukup memukau. Ada adik yang mempunyai penyakit Sindrom Down juga membuat saya dapat melihat keperitan mereka untuk pergi ke sekolah.

“Isteri saya merupakan guru bagi pendidikan khas dan dia sendiri memaklumkan pendidikan bagi mereka yang kurang upaya di Malaysia ini tidak mencukupi. Jadi kesulitan ini boleh berubah kerana adik saya adalah satu contoh yang mereka ini mahu belajar dan buat apa yang kita buat cuma tiada saluran.

Tambah istimewa apabila salah seorang pemain skuad Harimau Buta yang juga pelakon EOTB, Asri Arshad turut dibawa bertemu dengan Brendan untuk sesi beramah mesra.

“Saya berharap filem ini mampu menarik lebih ramai orang kelainan upaya untuk menyertai sukan kerana ia sesuatu yang menyeronokkan. Malah, kami juga berharap agar EOTB dapat membuka mata ramai peminat sukan tempatan,” ujar Asri ketika menceritakan harapannya pada Brendan.



Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.

Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.