Laman Utama

"Saya Kahwin Awal, 17 Tahun & Modal Buka Spa Pun Dari ..." - Usahawan Kosmetik Kuat Semangat, Kini Ada Produk Sendiri!

gempak
Shahrin Zulkifle
19/10/2022
11:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Kahwin Awal, 17 Tahun & Modal Buka Spa Pun Dari ..." - Usahawan Kosmetik Kuat Semangat, Kini Ada Produk Sendiri!
Minat yang mendalam terhadap penjagaan kulit wajah mendorong usahawanita, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi untuk membuka perniagaan spa kecantikan seawal usianya 19 tahun lagi.
Jelas Marlinda, 34, minat tersebut turut menjadi faktor utama untuk dia tampil memperkenalkan produk kosmetik terbaharu keluarannya iaitu Glassskin by Lyndarafikah.

Miliki Spa Umur 19 Tahun

“Saya mula memiliki perniagaan seawal 19 tahun. Waktu itu saya sudah ada spa kecantikkan saya sendiri yang terletak di Aman Suria, berdekatan Tropicana dan spa itu masih wujud sampai sekarang.
“Kerana minat pada kecantikkan, saya buka spa dan disebabkan itu juga hari ini saya keluarkan produk kosmetik saya, Glassskin by Lyndarafikah,” katanya.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu ditemui ketika sesi pelancaran produk kosmetik berkenaan di Plaza Damas 3, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Keluarga Sumber Kekuatan

Jelas Marlinda, biarpun usianya masih muda untuk memiliki perniagaan sendiri ketika itu, namun dengan modal yang diberikan suami dan sokongan daripada keluarga, dia tetap kuat dan bersemangat.
“Saya anak sulung daripada lima adik beradik dan ibu saya ibu tunggal, jadi merekalah kekuatan saya untuk buka perniagaan waktu itu.
“Waktu itu saya masih study, balik kolej saya akan pergi ke spa untuk uruskan mana yang patut, pantau staff dan sebagainya.
“Saya pula kahwin awal, usia 17 dan modal ketika itu daripada suami saya untuk buka spa. Jadi suami dan keluarga lah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk berniaga,” tambahnya.

Jalani Proses R&D Selama 3 Tahun

Dalam pada itu, Marlinda yang juga merupakan pengasas platform The Girls Republique (TGR) menjelaskan produknya telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun.
Malah, Marlinda sendiri telah menguji keberkesanan produk berkenaan kepada dirinya sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya lagi.

5 Produk Pada Satu Harga

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Glassskin adalah rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root. Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
Glassskin dijual dengan harga RM299 dan sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun. Namun sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Glassskin (https://glassskinmy.myshoppegram.com/pages/glassskin) ) atau boleh ikuti media sosial Facebook dan TikTok di Glassskin.my dan Instagram: @the.glassskin.my serta hotline di talian 013 383 8686.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live