“Saya Lebih Fikir Nasib Rakyat Palestin Daripada Muat Naik Gambar Raya” - Faizal Tahir
Prihatin dengan nasib menimpa rakyat Palestin ketika ini, penyanyi popular Faizal Tahir mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik sebarang gambar sambutan Aidilfitri.
Luahan itu dibuat Faizal menerusi satu posting di Instagramnya,
Menurutnya, dia lebih memikirkan nasib rakyat Palestin ketika ini berbanding gambar raya yang sempurna.
“Ada yang bertanya tentang gambar saya menyambut Aildilfitri bersama keluarga pada tahun ini.
“Saya lebih mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin berbanding memuat naik gambar Aidilfitri yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” katanya.
Walaubagaimanapun, menurut Faizal, bukanlah satu kesalahan jika mahu memuat naik gambar menyambut Aidilfitri.
“Malah ia sesuatu perkara yang baik dan boleh diteruskan terutama ia boleh memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Cuma saya lebih mengambil berat isu lain (Palestin). Jika ada masa sesuai saya akan berbuat demikian,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya menghormati pendirian penyanyi tersebut.
Kebanyakan mereka juga berpendapat agak tidak sesuai untuk kelihatan terlalu bergembira sedangkan rakyat Palestin sedang bertarung nyawa.