Berita

"Saya Lebih Tenang Bila Berkongsi Dengan... " - Ini Cara Erra Fazira Luah Kesedihan

gempak
Kamaruddin Razal
01/11/2019
05:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Lebih Tenang Bila Berkongsi Dengan... " - Ini Cara Erra Fazira Luah Kesedihan
Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira lebih selesa untuk mengadu dan meluahkan rasa sedih kepada Allah berbanding berkongsi perasaan dengan individu lain.
Biarpun kedengaran agak klise, Erra mengakui perkara terbabit memberikan kelegaan kepada dirinya.
"Hidup sebagai manusia, kita tak lari daripada ujian, lebih-lebih lagi apabila kita bergelar selebriti.
"Kadang-kadang ada perkara yang membuatkan kita sedih dan tak selesa. Cara saya mudah sahaja, mengadu kepada Allah.
"Saya rasa lebih tenang bila dapat berkongsi perasaan sedih itu dengan Dia dan ia boleh membuatkan saya rasa lega berbanding bila kita bercakap dengan orang lain.
"Paling tidak, Allah akan memberikan petunjuk untuk menyelesaikan rasa gundah yang bersarang dalam hati," katanya.
Erra ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Menangkah Cinta baru-baru ini.
BACA: Ubati Rindu Peminat, Erra Fazira Hadir Dengan 'Menangkah Cinta'
BACA: "Sebenarnya, Saya Dah Lama Tak Jumpa Dia..." - Akhirnya Shahir Jadi Pilihan Erra Fazira
Tambah pelakon filem Maria Mariana ini, dia mengelak untuk membaca sebarang komen negatif yang dilemparkan di laman sosial.
"Sekuat mana pun kita, pasti hati akan hancur jika membaca kata-kata nista yang bukan-bukan.
"Lagi-lagi ia datang dari netizen yang tidak tahu perihal sebenar apa yang berlaku.
"Jadi, elakkan baca komen yang boleh memberikan impak negatif terhadap diri kita. Lebih baik menjaga hati sendiri terlebih dahulu," katanya lagi.
Kredit foto: Instagram Erra
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live