Pengacara Iesya Toh berkongsi foto yang diambil bersama Azwan Ali ketika mereka bertemu baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Iesya memuji kebaikan pengacara terkenal itu, menurutnya, sikap dan kebaikan sebenar Azwan amat berbeza daripada apa yang dipamerkan.

"Dia lah big brother saya, sisi lain Diva AA yang dia sendiri tak suka tunjuk.

"Orangnya bijak! Belajar law, tahu baik buruk, cuma terlalu banyak laluan kehidupan yang kita semua tak terduga, hanya Allah maha mengetahui.

"Duduklah dengan Diva AA, dia bukan macam mana yang dipamerkan," tulis Iesya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Iesya juga menegaskan, foto yang diambil itu tidak melibatkan sebarang sentuhan meskipun kelihatan rapat seakan dia berpaut pada bahu Azwan.

Sebaliknya, ia hanya helah dari sudut kamera sahaja.

"Anyway, camera trick yang berjaya, tak perlu sentuh pun, angle kamera memainkan peranan, saya masih tahu batas," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Iesya meninggalkan respon positif.

Malah, ada juga yang berkeinginan untuk bertemu dengan Azwan atau lebih terkenal dengan nama gelaran Diva AA itu.

He’s like my big brother.. sisi lain Diva AA yg beliau sendiri x suka tunjuk.. Orgnya bijak! Belajar law.. tau baik buruk.. Cuma terlalu byk laluan kehidupan yg kite semua x terduga.. Hanya Allah Maha Mengetahui.. Duduk laa dgn Diva AA.. beliau Bukan mcmne yg dipamerkan.. Anyway, Camera trick yg berjaya. Tak perlu sentuh pun.. angle camera memainkan peranan.. Sya masih tahu batas♥️??

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on