Laman Utama
"Saya Menang Pilihanraya!" - Donald Trump Tak Puas Hati, Dakwa Wujud Penipuan Dalam Keputusan Pilihan Raya
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak mahu mengaku kalah dan menganggap wujud penipuan dalam keputusan pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini.
Menurut Trump, terdapat pihak media menyebarkan berita palsu yang mengatakan Joe Bidden memenangi pilihan raya tersebut dan bakal bergelar presiden Amerika Syarikat yang ke-46.
Perkara itu dikongsi Trump menerusi akaun Twitter rasmi miliknya hari ini.
"Kenapa media-media yang menyampaikan berita palsu secara berterusan menganggap Joe Bidden akan memenangi jawatan presiden tanpa membenarkan pihak kami menunjukkan apa yang kami ada.
"Kami sudah bersedia untuk melakukannya, betapa hancurnya Perlembagaan kita ketika pilihan raya tahun 2020 ini," tulisnya.
Sekitar tiga jam selepas itu, Trump tampil dengan tweet yang memberi gambaran dia sangat yakin memenangi pilihan raya baru-baru ini.
"Saya menang pilihan raya itu!" tulisnya ringkas.
Meninjau reaksi warganet di ruang balas, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Trump itu dan yakin dengan keputusan yang dikeluarkan.
Why does the Fake News Media continuously assume that Joe Biden will ascend to the Presidency, not even allowing our side to show, which we are just getting ready to do, how badly shattered and violated our great Constitution has been in the 2020 Election. It was attacked,..— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) November 16, 2020
Setakat ini, Biden dilaporkan menang 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi berbanding Trump yang hanya memperoleh 232 undi elektoral dengan 72 juta undian.I WON THE ELECTION!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) November 16, 2020
Must-Watch Video