Perkongsian video memperlihatkan pelakon Zara Zya berkongsi rezeki dengan memberikan makanan kepada geladangan dan orang-orang yang berada di kaki lima mendapat perhatian netizen.

Tiada niat untuk menunjuk namun Zara memberitahu dia berharap perkongsian itu sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada orang luar untuk bersama-sama membuat kebaikan.

“Hujan… agak payah untuk mereka mendapatkan makanan. Jadi saya hulurkan mana yang sempat saya beli.

Saya minta maaf… bukan niat untuk menunjuk.

“Cuma saya harap, perbuatan saya ini dapat memberi sumber inspirasi orang di luar sana untuk sama membuat kebaikan,” kongsi Zara.

Pada perkongsian yang sama. Zara juga memberitahu dia sentiasa terbuka untuk memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

“Selain dari saya ingin memberi tahu, saya tak keberatan untuk memberi bantuan ikut yang saya mampu. #zarazyaofficial. Jadi… siapa lagi selepas ini?” kata Zara lagi.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut memuji Zara yang sentiasa mengutamakan orang lain.

BACA SINI: Zara Zya Buat Laporan Polis Berkaitan Kes ‘Scam’ & Gangguan Seksual - “Hantar Gambar Tak Sopan,...