Berita
“Saya Nak Baby Girl”- Emelda Rosmila Mahu Ambil Anak Angkat Lagi
Pelakon Emelda Rosmila mahu mengambil bayi perempuan sebagai anak angkat keduanya.
Isteri kepada Adlin Aman Ramli itu meluahkan hasratnya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Emelda meminta bantuan pengikut IGnya supaya mencari atau memberitahu jika ada sesiapa yang mahu menyerahkan kepadanya bayi perempuan untuk diambil sebagai anak angkat.
“Saya nak anak perempuan. Kalau tahu atau dengar ada pihak yang nak beri, beritahu saya ya. Mudah-mudahan Allah SWT membalas niat baik dan budi kalian semua,”katanya.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia tujuh tahun.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan pengambilan anak angkatnya dipermudahkan.
Must-Watch Video