Laman Utama

“Saya Nak Melawat Nad, Tapi Tak Boleh Sebab…” - Aeril Zafrel

Izwan Isa
24/11/2022
23:50 MYT
Pelakon Aeril Zafrel memberitahu yang dia berhasrat untuk melawat Nad Zainal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Namun, disebabkan rasa keresahan (anxiety), dia tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaan sebegitu (sakit). Sana nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang.
“Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang. Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” katanya kepada Gempak.
Aeril ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Aeril menyeru sesiapa yang mengenali Nad supaya sentiasa berdoa agar diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.
“Ketika dengar dia dimasukkan ke ICU, of course saya terkejut sangat. Sebab kita tak nampak dia ada sebarang penyakit sebelum ini. Betul-betul mengejutkan.
“Tambahan pula, Nad merupakan anak tunggal dan semestinya ia satu dugaan yang berat untuk familinya. Nad pun ada anak yang memerlukan dia, saya harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Nad untuk sembuh seperti sedia kala. Sebab doa sahaja yang boleh selamatkan dia,” katanya menutup perbualan.
Untuk rekod, Aeril dan Nad pernah membintangi sebuah telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredaan. Telefilem tersebut disiarkan pada 2017.
Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada paru-paru.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Gaya Hidup

Najis Burung Merpati Penyebab Jangkitan Paru-Paru

gempak
02/07/2024
14:45 MYT
Orang ramai diingatkan supaya mengelakkan diri daripada terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan jangkitan paru-paru merpati atau ‘pigeon lung’.
Hiburan

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

gempak
18/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.