Pelakon senior berbakat, Wan Hanafi Su akui pernah disabotaj dalam beberapa filem lakonannya sebelum ini.

Menurut Wan, perkara itu berlaku beberapa kali sepanjang penglibatannya di layar perak.

"Saya pernah dimalukan dalam beberapa filem lakonan saya, ia berlaku disebabkan beberapa perkara.

"Antara perkara yang telah berlaku adalah suara saya disunting dan menjadi lain dari kebiasaan, mungkin itu dilakukan untuk membezakan watak utama dan pembantu.

"Namun begitu, saya tidaklah melenting dan berdendam dengan mereka, semoga tiada lagi perkara sebegitu berlaku selepas ini," katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Wan kini tampil dalam filem terbaru lakonannya iaitu Bu yang akan mula menjengah pawagam di seluruh negara mulai esok.

Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Remy Ishak, Dian P Ramlee, Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa, Mawar Rashid dan ramai lagi, jangan lupa untuk saksikannya!