,
Berita

"Saya Pernah Sampai Tahap Pening & Naik Darah Sebab..." - Aishah

Asraf Aided
19/12/2018
06:15 MYT
Penyanyi dan juara pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah menceritakan pengalamannya berhadapan komen-komen negatif dari pengikutnya di media sosial.
Menurut Aishah, ada segelintir netizen yang menulis kata-kata yang mengundang kemarahannya.
"Ya, saya tak nafikan memang ada netizen yang menulis komen negatif, ada juga yang menghantar mesej secara peribadi kepada saya.
"Saya sedar yang saya sepatutnya mengabaikan saja kata-kata negatif tersebut, tapi apabila apa yang mereka tulis itu melampau sehingga saya rasa saya patut membalasnya.
"Saya pernah mengalami tahap pening dan naik darah disebabkan membaca kecaman dari mereka," kata Aishah kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.
Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Laman Utama

Aishah Nafi Persendakan Kesengsaraan Rakyat Palestin - “Itu Bukan Satu Penghinaan…”

gempak
18/10/2023
00:55 MYT
Aishah jelaskan mengenai jawapannya melibatkan isu Gaza.
Unitar