Menjadi popular mungkin impian banyak orang dan salah satu cara menggapai impian tersebut adalah dengan bergelar selebriti.

Itulah yang dilakukan oleh bintang Hollywood, Dwyne Johnson apabila berjaya mencapai populariti selepas bertahun lamanya bergelumang dalam bidang seni.

Malah Johnson mengaku menjadi popular tidak mempunyai sebarang kelemahan dan itulah yang idamkan selama ini.

“Pada saya tidak ada kelemahan apabila menjadi popular,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, lapor People.

Bintang berusia 51 tahun tersebut berkata demikian selepas ditanya seorang seorang peminat mengenai kelebihan dan kelemahan menjadi popular.

Aktor The Fast X itu kemudian menjelaskan pengalaman hidup susah membuat dia sangat menghargai kehidupannya sekarang.

“Saya mungkin seorang yang bertuah kerana dapat mengecap populariti dalam satu tempoh yang panjang. Dan kerana itu saya katakan tidak melihat ada kelemahan menjadi popular.

“Saya masih ingat dulu kehidupan sangat susah sehingga tidak mampu membayar sewa rumah. Saya hampir diusir. Saya sangat miskin dan akan berusaha untuk mendapat kehidupan yang baik,” katanya.