Seorang peniaga menerima kecaman daripada wargamaya gara-gara menggunakan bekas yang didakwa dijual sebagai tong sampah untuk merendam sotong yang bakal diniagakan di gerai makanannya.

Menerusi satu hantaran video TikTok berserta komen yang dikongsi semula di platform X, netizen dilihat menzahirkan kerisauan memandangkan tuan empunya badan enggan mengaku salah.

Rendam sotong


“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu jadi tak jadi masalah. Agak geram jugalah dengan jawapan dia especially dalam bab penyediaan makanan macam ni,” tulis seorang pengguna media sosial sambil meletakkan tag akaun X Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian sama, individu yang didakwa sebagai peniaga berkenaan dilihat memuat naik sepotong video, menjawab teguran yang ditinggalkan oleh netizen.

“Ya bang, saya rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahu tu tong sampah, sebab saya main beli dekat kedai. Kedai pun tak pesan dengan saya tu tong sampah. Saya pakai je lah.

“Ramai yang pakai tong tu isi air dan untuk mandi. Bagi saya tiada masalah kut. Kalau rasa benda tu kotorlah tak bersih, takpalah awak sahaja yang anggap macam tu. Sebab tong itu bukan saya isi sampah. Macam-macamlah sekarang ni,” luahnya.

Meninjau ruangan balasan, akaun KKM dilihat meninggalkan respons, mengakui maklum mengenai perkara tersebut.



“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” tulis akaun berkenaan.



Difahamkan, kerisauan timbul dalam kalangan netizen memandangkan tong sampah didakwa dihasilkan dengan plastik yang tidak sesuai dijadikan bekas untuk menyimpan makanan.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

​ARTIKEL BERKAITAN: Harimau 'Kutip' Botol Plastik Sindiran Kepada Manusia

​ARTIKEL BERKAITAN: "Biarlah! Saya Punya Duit!" - Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.