Laman Utama
“Saya Rasa Gementar....”- Siti Nurhaliza Bakal Bersalin Awal Ramadan
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bakal melahirkan anak keduanya pada awal Ramadan ini.
Siti Nurhaliza berkongsi berita itu di majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama YaPEIM Gold di Muzium Kesenian Islam pada Selasa.
“Insya-Allah ini acara terakhir yang saya hadiri dan selepas ini saya akan bercuti panjang sebelum melahirkan anak kedua saya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
“Saya dijangka bersalin pada awal Ramadan ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Apabila ditanya apakah perasaannya untuk menempuhi bersalin kali kedua, Siti akui rasa gementarnya masih sama ketika pertama kali dahulu.
“Semua wanita mempunyai pengalaman yang sama setiap kali nak bersalin, sudah tentu saya ada perasaan gementar
“Saya pasti tidak akan mengalami pengalaman yang sama seperti melahirkan anak pertama dahulu,” kongsinya lagi.
Siti kini sedang sarat hamil anak kedua dan bakal berehat sehingga selamat bersalin.
Pelantun lagu Aku Cinta Pada Mu itu berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan anugerah Tuhan terindah itu
Must-Watch Video