Laman Utama

“Saya Sedar Adegan Tidak Sesuai” - Isu Gambar Wanita Seksi, Chubb-E Mohon Maaf!

Hanafis Haris
15/04/2022
04:27 MYT

Penyanyi dan pelakon Chubb-E tampil memohon maaf selepas menimbulkan kekecohan berhubung beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Chubb-E menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Hari Jumaat yang penuh barokah ini Saya Chubb-E, dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan gambar dari muzik video lagu Rambang saya sebelum tayangan sebenar yang telah tersebar baru-baru ini.

“Saya sedar gambar berkenaan adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu.

“Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan saya ini. Sekian dan Salam Ramadhan,” katanya.

Untuk makluman, nama Chubb-E sebelum ini secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi tular.

Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul Rambang.

Berdasarkan dua keping gambar itu, kelihatan seorang model wanita yang sedang duduk di 'arm rest' kerusi diduduki Chubb-E.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, model berwajah Pan Asia itu cuma memakai jaket bagi menutupi lengan dan belakangnya manakala bahagian lain dibiarkan terdedah.

Malah, ada yang mendakwa penampilan model berkenaan terlampau seksi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Chubb-E Kecewa Adegan 'Panas' Idea Ibu Dalam MV Rambang Terpaksa Dipotong - "Netizen Sekarang Sensitif Tak Bertempat"

gempak
11/04/2022
05:55 MYT
Tak ada adegan panas, tanya, dah ada, kecam!
Laman Utama

Babak Panas! Gambar Wanita Seksi & Chubb-E Bocor? Tuan Badan Tak Teragak-Agak Untuk….

gempak
27/03/2022
03:32 MYT
Alamak!
Laman Utama

“Tak Akan Buat Sesuatu Hanya Sebab Nak Tular” – Shalma Eliana Muncul Dengan Rambang

gempak
08/06/2021
12:15 MYT
Tak semua yang viral tu bagus kan. Good job Yana.
Laman Utama

Bukan Lagu Raya Typical? Cik B Tampil Dengan It’s Raya Baby Bersama Chubb-E!

gempak
05/05/2021
08:20 MYT
Dah dengar? Sedap guys!
Laman Utama

“Kau Ingat Kau Style Ke?” - Nadhir Nasar Tak Sebulu Dengan Chubb-E? Dah Kenapa?

gempak
26/03/2021
06:09 MYT
So siapa lagi style?