,
Berita

Saya Sedia Dikritik, Setiap Orang Ada Pandangan Sendiri - Sherrie AlJunied

Rozaimi Zubaidi
01/09/2017
07:20 MYT
Penyanyi kelahiran Singapura, Sherrie AlJunied mengakui sedia dikritik oleh peminat apabila tampil dengan imej yang seksi dan agresif dalam melakukan persembahan.
Sherrie atau nama sebenarnya Sharifah Nor Syed Mohd Aljunied, meskipun kini berusia 58 tahun, namun perkara itu tidak menjadi halangan untuk dia beraksi lincah diatas pentas.
"Saya tak kisah jika ada yang mengkritik pemakaian saya kerana itu adalah pandangan masing-masing.
"Setiap orang berhak menyuarakan pendapat mereka dan itu merupakan lumrah yang perlu diterima oleh selebriti.
"Apa yang saya ingin tunjukkan kepada orang ramai adalah usia bukan menjadi penghalang untuk beraksi agresif di atas pentas.
"Saya kembali dalam industri ini bukan untuk meraih populariti sebaliknya ingin menghiburkan orang ramai yang rindukan kemunculan saya semula.
"Populariti ada bonus kepada semua artis kerana bagi saya apa yang penting adalah keikhlasan dalam berkarya," katanya kepada Astro Gempak.
Bercerita mengenai single Seorang Wanita, Sherrie berkata, lagu yang dibawanya adalah untuk memberi semangat kepada semua wanita supaya tabah menempuhi dugaan dalam hidup.
"Lagu ini menceritakan tentang pengalaman yang dihadapi oleh saya dan ia juga memberi mesej yang baik dalam menaikkan semangat untuk terus berjuang," ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar