Pelakon jelita Datin Diana Danielle menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupannya berumah tangga dengan Datuk Farid Kamil menguatkan hubungan cinta mereka.
Jelas Diana, mereka kini menjalani kehidupan yang lebih matang dan menghargai satu sama lain.
"Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama.
"Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya.
"Saya terima apa sahaja yang kehidupan lemparkan pada kami sebab kehidupan akan terus berjalan tanpa henti dan akan memberikan pelbagai perkara mendatang untuk kita hadapi. Kalau kita tenang dan percaya Allah, Dia akan bantu kita balik," kata Diana kepada Gempak.
Diana ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Menara Mustapha Kamal, Damansara semalam percaya setiap cabaran yang dilalui ada hikmahnya.
Malah, pelakon filem Hanyut itu bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa menyokongnya terutama keluarga dan peminat.
"Daripada dahulu saya bersyukur dengan jenis-jenis peminat yang ada untuk kami, apa yang saya terima juga sebahagian daripada kasih sayang peminat terhadap Farid.
"Jadi, mereka baik dengan saya pun sebab mereka menghormati, menyayangi dan menyokong Farid sebenarnya.
"Kalau ikutkan kecaman, ada hari-hari saya akan terkesan tetapi saya masih mempunyai sistem sokongan yang kuat misalnya ibu saya," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Diana dan Farid bakal menerbitkan filem Rempit 2 yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.
"Sudah sampai masanya untuk kami cuba memulakan sesuatu yang baru. Dia lebih baik sekarang dan tahu macam mana nak bercakap dengan perempuan (misalnya).
"Kalau tak Farid suatu ketika dahulu kedengaran agak kasar jika dia memberikan arahan. Apapun, kami cuba melakukan yang terbaik," ujar Diana lagi.
Amri Hassan
Thu Jul 18 2019


Anak Tegur Sikap Buruk Heidi Klum Sering Berbogel Di Rumah
Supermodel Heidi Klum membuat pengakuan dirinya berasa sangat selesa tanpa memakai seurat benang atau berbogel sewaktu di rumah.

Status Ibu Selamatkan Hidup Angelina Jolie Dari Musnah
Pesohor Hollywood, Angelina Jolie muncul sebagai wajah hadapan edisi terkini majalah Vogue.

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.

Kenapa Indonesia Sekat TikTok Shop?
Sebab apa ya?

Puji Orkestra Malaysia, Ahmad Dhani Okay Jika Penonton Tak ‘Bergoyang’
Beliau juga menyifatkan format orkestra yang dibawa pertama kali jauh sehingga ke Malaysia sebagai sebuah persembahan ‘makanan jiwa’.

Zarina Zainuddin Seronok Berat Badan Dah 59 Kg - “Bukan La Kata Saya Nak Tunjuk Body Cantik Tapi…”
Makin slim!
SHIERA IJOY PERNAH KERJA "CALL GIRL", KENA SCAM DENGAN ERMA FATIMA | BORAK DULU BARU KAMU S2
Borak Dulu baru Kamu is back gais! Musim ke-2 ini kita mulakan dengan penampilan istimewa jelitawan Sharifah Shahira. Perit getir dia terjunam ke bidang seni dan yang paling penting, sapa tahu iklan "Dari Malaysia ke Singapura" orang tu memang lejen.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#BorakDuluBaruKamu
#BDBKS2
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#BorakDuluBaruKamu
#BDBKS2

Pernah Terkucil Ketika Nyanyi Live, Keisya Levronka Optimis Bikin Konsert! - "Ketika Dikritik, Saya Masih Muda..."
Keisya ambil positif.
Hael Husaini Rasa Dia Dijampi-jampi... | #SinggahSet: My Famous Ex-Boyfriend
Isk! Macam tak percaya pulak Hael Hussaini nak jadi pelakon! Apa yang menyebabkan beliau berminat untuk jadi pelakon? Pandai ya Tuan Director Hadith Omar pujuk. Qasrina Karim pula nervous pada hari pertama di set penggambaran My Famous Ex-Boyfriend.
#myfamousEXboyfriend AKAN DATANG di Astro Ria dan Astro GO
Untuk lebih hiburan, info dan gossip terbaharu, korang
boleh ke www.gempak.com sekarang!
#myfamousEXboyfriend AKAN DATANG di Astro Ria dan Astro GO
Untuk lebih hiburan, info dan gossip terbaharu, korang
boleh ke www.gempak.com sekarang!

Siti Nurhaliza Mahu Bangunkan Galeri Sendiri
Siti harap ia dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat