Pelakon Riena Diana menafikan dakwaan sesetangah pihak mengenai dirinya yang dikatakan berbangga berpakaian seksi ketika menyambut sambutan tahun baharu hujung minggu lalu.

Malah, pemilik nama penuh Qamarina Diana Zulreal, 26, turut menolak dakwaan netizen yang berkata imej tersebut sebagai satu bentuk ‘memberontak’ selepas berpisah dengan kekasihnya, Nik Afiq.

“Saya tak pernah cakap saya bangga berpakaian seksi. Saya tak pernah cakap seksi itu azam tahun baru saya.

“Jangan memandai cakap Riena putus cinta terus seksi, No! Anda kalau tak cukup kenal saya jangan pandai-pandai nak menilai.

“Nak komen boleh tapi jangan sampai jatuhkan orang dan macam anda itu bagus sangat,” katanya.

Riena berkongsi rasa kesal itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya pada Selasa.

Tegas mempertahankan diri, Riena berkata netizen yang tidak menyukai dirinya boleh memilih untuk tidak mengikutinya di laman sosial.

“Bertindak seperti apa yang anda katakan, kalau anda tak suka just unfollow. Sebab ramai lagi yang suka cara dan tengok saya bukan sebab pakaian.

“Saya tak perlu terangkan siapa saya. Sekarang saya kenal siapa peminat sebenar saya dan siapa lawan saya.

“Terima kasih untuk mana-mana komen yang baik dan untuk kesihatan mental, saya memilih untuk tidak membaca komen buruk daripada anda,” jelasnya.

Terdahulu, nama Riena menjadi bualan ramai apabila memuat naik gambar mengenakan pakaian bertali halus lengkap dengan skirt labuh di Instagram miliknya ketika menyambut sambutan tahun baharu 2023.

Rata-rata netizen memberikan reaksi kurang senang dengan perkongsian tersebut dan menganggap imej aktres berkenaan sedikit seksi untuk dipertontonkan kepada umum.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.