Laman Utama
“Saya Tak Masuk Tengok…”- 2 Anak Teruna Bersunat, Tomok Minta Isteri Sahaja Teman?
Penyanyi Tomok akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anaknya Arrian Shah Akid,10, dan Andra Shah Akid, 7, berkhatan sesuatu yang baharu dan bermakna.
Pun begitu, kata Tomok dia tidak dapat menemani anaknya ketika proses bersunat itu kerana sedikit gementar.
“Ia satu pengalaman berbeza dan bermakna untuk kami sebagai ibu bapa hantar dan lihat mereka bersunat.
“Cuma saya tak masuk tengok lah, bukan apa saya agak fobia sedikit. Jadi isteri lah yang menemani mereka masuk bilik doktor.
“Saya cuma menenangkan mereka dan sebelum masuk bilik doktor serta di luar selepas bersunat sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Tomok ditemui Gempak selepas berkongsi cerita mengenai anak-anaknya yang selamat berkhatan dalam kemas kini terbaharunya di akaun Instagram.
Bertanya mengenai keadaaan dan kesihatan terkini anaknya, Tomok memberitahu mereka semakin pulih.
“Mereka okay pada mulanya dan banyak bertanya. Sudah tentu mereka ada rasa takut dan menangis juga masa hari pertama. Sekarang mereka semakin pulih lah.
“Sekarang ni di rumah, isteri saya yang jaga sepanjang dalam tempoh berehat dan berpantang. Mereka pun nikmati tempoh ini dengan bermain video game yang saya belikan,” ceritanya.
Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.
Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Khadijah yang baru berusia dua tahun.
Must-Watch Video