Skip to main content

Hiburan

Ibu Tetapkan Belanja Bulanan, Iman Troye Selesa Duit Diurus Keluarga Sejak 16 Tahun - “Saya Mahu Mak Dengan Ayah Rasa…”

Ibu Tetapkan Belanja Bulanan, Iman Troye Selesa Duit Diurus Keluarga Sejak 16 Tahun - “Saya Mahu Mak Dengan Ayah Rasa…”

Sekilas

  • Iman Troye menguruskan semua pendapatannya melalui ibu sejak berusia 16 tahun untuk membantu kawal perbelanjaan dan memberi rasa selamat.
  • Dia tidak terlalu mementingkan jenama ketika membeli-belah dan lebih suka menyokong produk tempatan yang semakin berkembang dan kreatif.
  • Iman turut berkongsi rasa bangga melihat usahawan muda Malaysia berani membina jenama sendiri sambil mengekalkan identiti tradisi negara.
Advertisement

Penyanyi Iman Troye mendedahkan semua pendapatannya diuruskan oleh ibu sejak mula bekerja pada usia 16 tahun sehingga kini.

Menurut Iman, 24, keputusan tersebut merupakan pilihannya sendiri kerana lebih selesa menyerahkan urusan kewangan kepada ibu, selain membantu mengawal perbelanjaan.

Advertisement

Katanya, dia menerima wang belanja setiap bulan dan perlu menyesuaikan penggunaan mengikut jumlah yang diberikan.

“Mak saya yang simpan duit. Setiap bulan dia akan bagi duit belanja. Setakat yang dia bagi, setakat itulah saya kena pakai untuk sebulan.

“Kalau nak beli apa-apa pun saya kena beritahu mak, ‘Mak, boleh tak saya nak beli ini?’” katanya.

Advertisement

Iman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan baharu Bayu Somerset di 118 Mall, Merdeka 118, semalam.

Mengulas lanjut, Iman berkata, kepercayaan tersebut turut lahir daripada keinginannya supaya ibu bapa berasakan hasil pendapatannya merupakan milik mereka juga.

Menurutnya, sokongan serta keberkatan rezeki kedua-dua orang tua menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kerjayanya.

“Saya mahu mak dengan ayah saya rasa itu duit mereka, bukan duit saya.

“Di mana saya berdiri sekarang ini adalah rezeki mereka, disebabkan mereka, bukannya disebabkan saya,” ujarnya.

Iman turut mengakui bantuan ibu membuatkannya berasa lebih selamat dalam menguruskan wang, terutama apabila berdepan keinginan berbelanja.

“Itu memang pilihan saya sendiri sebab kadangkala kita pun boros. Jadi kalau apa-apa, memang kena minta pendapat mak.

“Sekarang saya memang rasa selamat lagi mak saya pegang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Iman berkata, dia tidak terlalu mementingkan jenama ketika membeli-belah, sebaliknya lebih mengutamakan keselesaan dan gemar menyokong produk tempatan.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan keinginan memiliki barangan berjenama, namun memilih mengehadkan pembelian.

“Saya tidak mementingkan jenama tetapi tipulah kalau tak nak ada satu. Bagi saya, kalau nak yang berjenama, cukup satu.

“Saya tak akan simpan banyak-banyak sebab nanti mak saya marah,” selorohnya.

Bercakap mengenai perkembangan jenama tempatan, Iman meluahkan rasa bangga melihat semakin ramai usahawan muda berani membina perniagaan sendiri sambil mengekalkan identiti Malaysia.

Menurutnya, kreativiti serta keberanian mengetengahkan produk tempatan membuktikan label dalam negara mempunyai keunikan tersendiri.

“Sebelum ini kita banyak pakai produk luar, tetapi sekarang jenama tempatan sendiri dah berani keluarkan produk.

“Masing-masing kreatif dan ada cara tersendiri. Walaupun keluarkan jenama sendiri, kita masih nampak tradisi Malaysia. Itu yang paling Iman bangga,” katanya.

Terdahulu, Iman bersama penyanyi Aufahanie memeriahkan majlis pembukaan cawangan ke-25 Bayu Somerset menerusi persembahan secara langsung.

Pembukaan tersebut turut menyokong sasaran Bayu Somerset untuk mengembangkan rangkaian kepada 32 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Must Watch Video

Advertisement