Berita
"Saya Tak Nak Korek-Korek Pun Tapi ..." - Erra Fazira Simpati Perceraian Bella-Engku Emran
Pelakon dan pengacara Erra Fazira enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suami Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella.
Kata Erra, dia hanya mengetahui cerita dasar mengenai rumah tangga mereka dan tidak mahu melampaui batas.
"Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya.
"Kalau mereka tak buka mulut saya akan kunci mulut. Tipulah kalau saya tidak tahu pergolakan yang berlaku tetapi secara mendalamnya saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.
"Saya tak nak korek-korek pun, hanya tahu cerita dasarnya sahaja.
"Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu," katanya kepada Gempak.
Erra ditemui pada Majls Pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur pada Isnin.
Jelas Erra, dia dan Bella ada berhubung namun tidak berbicara lanjut mengenai hal rumah tangga.
"Sebagai wanita kami ada berbicara tapi hanya perkara umum, adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci.
"Bella juga tidak begitu bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tetapi tidaklah selalu berhubung.
"Saya pun wanita dan saya ada bagi semangat kepadanya melalui teks sebab tidak ada sesiapa nak perceraian.
"Saya pun pasti Bella dan bekas suami juga begitu. Mereka sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga tapi itulah ketentuannya," tambahnya.
Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 namun mengesahkan telah bercerai pada baru-baru ini.
Must-Watch Video