Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

Gempak
09/09/2024 06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).

Beri Bayangan Ke LA 2028

Walaupun belum mengumumkan secara rasmi persaraannya, kenyataan Azizulhasni kali ini merupakan petanda paling jelas bahawa dia sudah mempunyai perancangan mengenai masa depannya.

Seperti tidak lagi akan beraksi sebagai atlet, Azizulhasni sedia membantu pelumba muda negara dalam memastikan misi emas Sukan Olimpik LA 2028 dapat diteruskan.

"Tetapi saya tidak nampak diri saya akan ke LA 2028 sebagai atlet.

"Saya tidak tahu, mungkin saya boleh cuba membantu Shah Firdaus (Sahrom, atlet berbasikal trek negara) dan adiknya, Ridwan, apa sahaja yang saya boleh untuk tolong mereka.

"Tetapi LA sudah pasti tidak untuk saya.

"Apapun, saya mahu pulang ke Melbourne untuk bersama keluarga saya dan berbincang mengenainya," katanya.

Azizulhasni ditemui pada Majlis Meet & Greet di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Putrajaya.

Bincang Dengan Pasukan

Dalam pada itu, Azizulhasni bagaimanapun berkata dia akan berbincang dengan jurulatihnya, John Beasley, untuk mendapatkan padangan dan nasihat sebelum keputusan muktamad diambil.

"Saya mahu berbincang dengan John dahulu, dengan YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) untuk merancang masa depan saya.

"Sebab ada terlalu banyak tawaran, bukan sekadar di Malaysia, di luar juga ada.

"Tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan ke arah itu kerana saya juga masih 36 tahun," tambahnya.

Sebagai rekod, Azizulhasni menamatkan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 tanpa sebarang pingat selepas dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin atas kesalahan memintas derny terlalu awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pocket Rocketman Pertimbang Sertai Pogram RTG Sebagai Mentor

ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih Beasley Yakin Datuk Azizulhasni Awang Mampu Kayuh Basikal Di Olimpik LA 2028 - “Saya Mahu Lihat Beliau Terus Mencintai Sukan Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: “Pasukan Harap Saya Boleh Reconsider...” - Datuk Azizulhasni Awang Tak Jadi Bersara?

ARTIKEL BERKAITAN: "Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Rangkul Gelaran Juara Dunia, Jaguh Pecut Asia… Ini Pencapaian Luar Biasa Azizulhasni Awang


Sumber: Stadium Astro

#Sukan #Malaysia #Berbasikal #Azizulhasni Awang #Atlet #Olimpik #Keputusan #Jurulatih #LA2028