Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Pernah Iyakan Fasal Saya & Amelia, Macam Mana Nak Kata Putus? - Sharnaaz Ahmad

Amri Hassan
28/02/2024 04:50 MYT
"Saya rasa korang salah faham ni," demikian pandangan pelakon Sharnaaz Ahmad susulan laporan media mengenai status hubungannya dengan pelakon cantik, Amelia Christie.

BERITA TRENDING: Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, kata Sharnaaz dia sebelum ini tidak pernah mengesahkan tentang hubungan mereka sehingga timbul dakwaan telah putus.

"Apa yang saya jawab itu untuk wartawan bukan untuk korang di luar sana.

"Dari awal pun saya tak pernah iyakan pada wartawan fasal saya dan Amelia… Macam mana nak kata putus?

"Jadi pada yang tahu dan nampak saya dengan Amelia, yang tahu cukuplah setakat itu," tambahnya.

BERITA TRENDING: "Boleh Tak Aunty Ni Jadi Mommy Baru Saya?" - Jebat Jayden

Justeru, Sharnaaz berharap kisahnya dan Amelia tidak lagi menjadi perhatian ramai dan enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadinya selepas ini.

"Nak canang kisah hidup bukan cara saya lagi. Wartawan tanya, saya cuba jawab sehabis baik.

"Saya berharap perkara ini berhenti setakat ini sahaja. Doa yang baik-baik buat saya dan semua orang," katanya.

#pelakon #Viral #Sharnaaz Ahmad #Hubungan #Amelia Christie
;