"Saya Tak Pernah Sertai 'After Party', Lepas Event Balik Rumah Terus" - Alif Satar
Amri Hassan
31/03/2024 09:00 MYT
31/03/2024 09:00 MYT
Penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar akui tidak pernah menyertai mana-mana parti yang dianjurkan selepas selesai acara hiburan.
"Selepas selesai kerja, saya akan terus balik rumah. Saya tak pernah sertai mana-mana parti selepas selesai acara.
“Daripada umur 16 tahun, saya tak pernah sertai ‘after party’ atau nak lepak di mana-mana ke apa.
“Kalau dulu semasa Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) atau apa sahaja, memang saya tak sertai parti…tak akan nampak saya di acara itu.
“Semasa menang tempat ketiga pada AJL 37, tahun lalu pun saya tak sertai. Saya hanya pergi untuk sesi temubual, lepas tu saya balik rumah," katanya kepada Gempak.
Alif ditemui pada majlis berbuka puasa sempena pengumuman perlantikan dirinya sebagai duta GB Gold Malaysia di Forest Valley Hall, Cheras baru-baru ini.
"Saya tak pernah rasa diri ini seorang selebriti. Sebab tulah, saya tak pernah segan pergi makan kedai mamak, tak kisah lepak dengan sesiapa atau pergi mana-mana.
“Saya tak pernah rasa macam tu, cuma saya tahu diri saya adalah ‘public figure’ dan tahu apa yang dibuat orang akan tengok, percaya dan dengar.
“Orang juga akan jadikan saya sebagai rujukan, jadi bila pergi mana-mana saya kena tanggungjawab.
“Kadang-kadang kalau pergi tempat macam tak berapa baik saya akan berfikir sama ada ia okay atau tidak.
“Nakkan kepastian, saya akan hubungi ustaz atau mufti tanya pendapat mereka. Disebabkan itulah kena ada individu dijadikan rujukan," ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahfizzam Moideen turut mengumumkan penajaan konsert jelajah Alif Satar & The Locos di United Kingdom pada 20 April depan selama 14 hari.
BERITA TRENDING: Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua…
Kata Alif, prinsip yang dipegangnya itu bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan perkara yang tidak elok."Selepas selesai kerja, saya akan terus balik rumah. Saya tak pernah sertai mana-mana parti selepas selesai acara.
“Daripada umur 16 tahun, saya tak pernah sertai ‘after party’ atau nak lepak di mana-mana ke apa.
“Kalau dulu semasa Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) atau apa sahaja, memang saya tak sertai parti…tak akan nampak saya di acara itu.
“Semasa menang tempat ketiga pada AJL 37, tahun lalu pun saya tak sertai. Saya hanya pergi untuk sesi temubual, lepas tu saya balik rumah," katanya kepada Gempak.
Alif ditemui pada majlis berbuka puasa sempena pengumuman perlantikan dirinya sebagai duta GB Gold Malaysia di Forest Valley Hall, Cheras baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Tegas Alif, sebagai public figure, dia harus peka dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan tidak kira di mana saja berada."Saya tak pernah rasa diri ini seorang selebriti. Sebab tulah, saya tak pernah segan pergi makan kedai mamak, tak kisah lepak dengan sesiapa atau pergi mana-mana.
“Saya tak pernah rasa macam tu, cuma saya tahu diri saya adalah ‘public figure’ dan tahu apa yang dibuat orang akan tengok, percaya dan dengar.
“Orang juga akan jadikan saya sebagai rujukan, jadi bila pergi mana-mana saya kena tanggungjawab.
“Kadang-kadang kalau pergi tempat macam tak berapa baik saya akan berfikir sama ada ia okay atau tidak.
“Nakkan kepastian, saya akan hubungi ustaz atau mufti tanya pendapat mereka. Disebabkan itulah kena ada individu dijadikan rujukan," ujarnya.
PILIHAN PEMBACA: Ukiran 'Hayya Alal Falah' Pada Gold Bar Unik Berbentuk 'Alif'! Rezeki Alif Satar Dilantik Duta Produk Emas GB Gold
Dalam perkembangan lain, Alif menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) sebagai duta kepada GB Gold Malaysia selama 15 bulan bermula bulan ini.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahfizzam Moideen turut mengumumkan penajaan konsert jelajah Alif Satar & The Locos di United Kingdom pada 20 April depan selama 14 hari.