,
Big Stage S2 BM

"Saya Tak Sertai Big Stage Sebab ..." - Patahkan Harapan Peminat, Luqman Faiz Ada Alasan Sendiri

Amri Hassan
09/08/2019
03:51 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu Kepuraanmu, Luqman Faiz punyai sebab sendiri untuk tidak menyertai pertandingan realiti nyanyian Big Stage musim kedua.
Jelas Luqman, dia perlu memberikan tumpuan kepada pelajaran berbanding mengambil cuti semata-mata untuk menyertai pertandingan itu.
"Ramai yang tanya mengapa saya tak sertai Big Stage.
"Saya putuskan untuk menyambung pelajaran daripada ambil cuti. Itulah sebabnya," maklum Luqman menerusi akaun Twitternya. Biarpun keputusan Luqman itu sedikit sebanyak mematahkan harapan peminatnya untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas Big Stage, ada antara mereka yang menyokong pendirian penyanyi itu.
"Bangga dengan kamu, tak mengapa. Pelajaran lebih penting," tulis @syafrwnyez.
"Pilihan yang tepat. Selama maju jaya dalam pelajaran," tamba @hanitaafrina12.
Namun ada juga komen nakal yang menganggap pilihan Luqman itu disebabkan ketidakupayaan penyanyi itu untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan orang ramai.
"Bukankah sebab tak boleh menyanyi live dan tak boleh mencapai notasi tinggi?" soal @MEIahmad.
Big Stage telah mengumumkan senarai 12 orang peserta yang akan bertanding tahun ini pada Rabu lalu.
Peserta Malaysia terdiri daripada Fieya Julia, Kucaimars, Santesh, Sheryl Shazwanie, Neeta Manisha, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin.
Manakala, peserta luar negara diwakili oleh Chaleeda (Thailand), Aziz Harun (Brunei), Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan).
Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
10/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Hiburan

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

gempak
09/09/2024
14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.