Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Taktahu Macam Mana Nak Move On, Mungkin Masa Akan Mengubati..” - Teman Wanita Allahyarham Nidza Afham

Umirah Halim
19/08/2024 07:25 MYT

Selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri, teman wanita Allahyarham Nidza Afham tampil berkongsi luahan buat pertama kali berhubung pemergian kekasihnya Rabu lalu.

Arwah lelaki yang terbaik

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hazmiera Amisya menyifatkan arwah sebagai seorang lelaki yang terbaik buat dirinya dan percaya bahawa masa akan mengubati hatinya.

"Saya tak tahu macam mana nak move on daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati.

"Kesetian, kasih sayang, kebaikan dan usaha awak tak dapat saya cakap apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang," tulisnya.

BERITA TRENDING: Aufahanie Kesal Ada Jenama Produk Tawar Buat ‘Review’ Selepas Kehilangan Abang Tersayang - “Dimanakah Common Sense Anda? This Is Unacceptable”

BERITA TRENDING: Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

BERITA TRENDING: Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

BERITA TRENDING: Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”

Dalam pada itu, Hazmiera juga sempat mengucapkan terima kasih buat ibu Allahyarham, Irni Yusmira kerana menerimanya sebagai menantu.

"Saya hanya teman wanita yang cuba buat terbaik dan beri termampu untuk teman lelakinya. Saya yakin awak gembira di sana. Saya bahagia kalau awak bahagia.

"Terima kasih Umi sebab menerima saya sebagai menantu," katanya.

Terdahulu, Miera merupakan individu yang berjaya mengesan lokasi terakhir menerusi telefon arwah sebelum dilaporkan hilang pada malam 13 Ogos lalu.

Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.

Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.30 petang Khamis.

#wanita #Ucapan #Teman #Aufahanie #Nidza Afham #ubati
;