gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cinta Ditolak, Lelaki Minta Pulangkan Duit Belanja Makan RM11
HIBURAN
Jessie J Dedah Diagnosis Kanser Payudara Peringkat Awal
HIBURAN
"Jaga SOP, Jangan Cium Anak Saya" - Nabila Razali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Saya Takut Lelaki Baran…” - Amira Othman

gempak
Asyraf Roslan
05/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Takut Lelaki Baran…” - Amira Othman
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa syukur tidak pernah melalui hubungan cinta yang tidak sihat atau ‘toxic relationship’.
Jelas Amira atau Nadia Amira Othman, dia sejak awal sudah menetapkan sempadan dalam soal perhubungan, terutamanya apabila melibatkan pasangan yang mempunyai sikap panas baran.
“Saya alhamdulillah tidak pernah melalui hubungan toxic sebab saya memang takut dengan lelaki baran. Jadi kalau saya tengok lelaki tu macam garang atau baran saya tidak akan teruskan hubungan itu.
“Bukan apa sebab saya tak nak ia memudaratkan mental dan juga emosi saya. Sekadar kenal begitu sahaja mungkin okay namun untuk melangkah ke fasa seterusnya itu tidak mungkin kerana saya risau benda itu memudaratkan saya pada masa akan datang.
Amira turut mengakui bahawa dia pernah mendengar pengalaman rakan-rakan terdekat yang terjebak dalam hubungan cinta seperti itu dan menjadikannya lebih berhati-hati.
Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati ini turut menitipkan nasihat kepada semua wanita di luar sana agar tidak takut untuk keluar daripada perhubungan toksik yang boleh merosakkan diri sendiri.
“Saya pernah dengar kisah-kisah ini dalam circle saya jadi saya memang berdoa agar benda ini tidak terjadi dalam hidup kita.
“Sebab saya rasa wanita ini adalah untuk disayangi dan saya berharap semua orang di luar sana dijauhi daripada orang-orang seperti ini. Sebab ia hanya merosakkan diri, mental, emosi jadi untuk wanita di luar sana kalau terlibat dengan situasi seperti ini sayangi diri anda, cari jalan keluar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Amira Othman
#Hubungan Toxic
#Lelaki Baran
Must-Watch Video