Laman Utama

"Saya Takut Perceraian Saya & Mak Dia Beri Kesan Sampai Takut Nak Kahwin" - Ameng Lega Anak Sulung Bakal Berumah Tangga Julai Depan!

Amri Hassan
21/05/2023
03:55 MYT
Penyanyi Ameng meluahkan rasa syukur dan lega apabila anak sulungnya hasil perkahwinan bersama sutradara popular Datuk A Aida, Wan Az Aleesa, 27, bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Ujar Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 54, tidak menyangka anak perempuannya itu punyai kekasih.
"Sebenarnya saya tak sangka pun dia nak kahwin, kita pun tak tahu dia ada pasangan. Sebab dia selalu belajar, bila terjumpa dia di luar pun bersama kawan-kawan lelaki. Dalam hati kita 'anak aku ni tak ada boyfriend ker?'.
"Umur dia pun bukan muda lagi. Saya pun tertanya-tanya juga adakah dia trauma nak kahwin ker takut dia tengok kita ni ada masalah keluarga dulu kan. Takut perceraian saya dan mak dia dulu beri kesan kepada dia menyebabkan dia takut nak kahwin.
"Tak tak sangka tiba-tiba dia kata bulan tujuh ni nak kahwin. Saya siasat, rupa-rupanya kawan lama dia. Fasa percintaan itu baru lagi bagi mereka.
"Alhamdulillah, saya menerima dengan hati terbuka dan gembira," katanya kepada Gempak.
Ameng ditemui pada majlis pertunangan Wan Az Aleesa bersama jejaka pilihannya bernama Zain Azrai Abdul Aziz yang merupakan seorang juruterbang di Janda Baik, Pahang pada Sabtu.
Tambah Ameng, dia bertemu bersama anak dan bakal menantunya itu sekitar bulan Ramadan lalu bagi memohon restu ke arah fasa baharu.
"Saya pilih bulan Ramadan selepas lima bulan dia mengajak saya untuk berjumpa. Saya tengok pilihannya seperti lelaki budiman, tak over acting. Kerjayanya pun okey, hormat orang tua.
"Pada mulanya saya uji dia baca Al-Fatihah dan saya sarankan sesiapa nak terima menantu jangan tengok luaran saja. Alhamdulillah pilihan anak saya seorang yang boleh mengaji Al-Quran," tambahnya.
Selain Aleesa, Ameng dan A. Aida memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Azevanatassha, 22.
Antara artis yang hadir pada majlis pertunangan itu ialah Ummi Nazeera, Putera Amaris, Ana Dahlia, Zul Huzaimi, Mubarak Majid dan Farahdhiya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.