Pelakon senior berbakat, Wan Hanafi Su akan menerima watak yang melibatkan adegan di ranjang sekiranya ia tidak keterlaluan dan masih berkaitan dengan jalan cerita.

Menurut Wan, perkara itu bergantung kepada niat pengarah filem, dia akan melakonkan watak sebegitu jika ia tidak mempunyai unsur seakan pornografi.

"Saya akan terima watak di ranjang sekiranya ia tidak mempunyai unsur-unsur lucah yang mirip pornografi.

"Bagi saya, selagi babak yang dilakonkan itu berkait rapat dengan jalan cerita, ia bukanlah satu isu yang besar.

"Semuanya bergantung pada niat pengarah, jika babak di ranjang itu tidak keterlaluan, jadi saya tidak mempunyai masalah untuk melakonkannya," katanya kepada Gempak.

Wan berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan media filem Bu bertempat di e-curve, Damansara semalam.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 11 April tidak lama lagi.

Wan mulai aktif di industri hiburan pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehinnga kini menerusi lakonan mantap dalam filem serta drama tempatan.

Foto : The Star