Laman Utama

"Saya Teringin Lihat Anak Berjaya Sebagai Peguam, Doktor & ..." - Lisa Surihani

Shahrin Zulkifle
29/06/2022
03:50 MYT
Pelakon Datin Lisa Surihani teruja melibatkan kedua-dua anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini.
Kongsi Lisa, sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina, dia mengambil sedikit masa memikirkan keselesaan kedua-dua anaknya sebelum memberi kata putus.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut.
“Saya mengambil masa untuk membuat keputusan, sudah pasti saya perlu memikirkan terlebih dahulu tentang keselesaan anak-anak, dikhuatiri mereka tidak selesa dan sebagainya.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Bila mereka dan berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan kerana usia mereka masih terlalu awal.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
“Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya," tambahnya yang hadir sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam siaran langsung MeleTOP pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Lisa sedang mengemudikan sebuah program berjudul Sakinah Mawaddah Warah di saluran Astro Oasis setiap rabu jam 7:30 malam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.