Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Teringin Melakonkan Watak Beruniform, Tapi..." - Ben Amirr

benamirrbefunky-collage.jpg
Advertisement
Pelakon Ben Amirr teringin melakonkan watak unit beruniform seperti tentera dan polis.

Menurut Ben, watak sebegitu memerlukan komitmen dan penghayatan yang tinggi dan pada masa yang sama, memberi kepuasan kepadanya.

"Saya teringin untuk melakonkan watak unit beruniform seperti tentera dan polis tapi buat masa ini, saya belum berpeluang untuk melakukannya.

"Pada pendapat saya, watak sebegitu memerlukan komitmen dan penghayatan yang tinggi, ia mampu memberi kepuasan kepada saya.

"Saya harap suatu hari nanti saya berpeluang melakonkan watak idaman saya ini," kata Ben kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Ben iatu Encik Imam Ekspres kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Selain Ben, Encik Imam Ekspres menampilkan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama, jangan lupa untuk saksikannya!

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement