Pelakon filem Mulut Masin, Jay Nazif akan tetap mengutamakan pelajaran biarpun sibuk berlakon.

Menurut Jay atau nama sebenarnya, Muhammad Nazif Ihsan Mohd. Nazi, 12, lazimnya dia akan sentiasa membawa buku untuk mengulang kaji pelajaran biarpun terikat dengan jadual penggambaran.

"Biasanya saya akan bawa buku kalau pergi ke luar daerah untuk penggambaran. Jadi, bila ada masa rehat itu, saya akan gunakan untuk belajar.

"Sekurang-kurangnya, boleh juga saya ulang kaji pelajaran di hotel atau homestay bila tak dapat pergi ke sekolah," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Jay, dia tidak mahu menjadikan alasan berlakon untuk dia melupakan pelajaran di sekolah.

"Kalau lepas selesai penggambaran, balik rumah pun saya ada hadiri tuisyen.

"Jadi, tak ada isu tertinggal pelajaran berbanding kawan-kawan yang lain," katanya yang juga pernah diangkat sebagai Ikon Pulau Pinang bagi kategori pelajar sekolah.

Murid darjah 6 Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang ini diangkat sebagai teraju utama dalam filem pertamanya, Mulut Masin bersama tiga pelakon kanak-kanak lain.

BACA: "Itu Air Mata Betul" - Jay Nazif Kunci Mulut 'Kisah' Yang Buat Dirinya Mampu Nagis Real Dalam Mulut Masin

A post shared by MULUT MASIN (@jaynazif_official)


Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan naskhah arahan Razaisyam Rashid itu di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji FIlem Mulut Masin Best!

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.