Kamaruddin Razal
Tue Dec 19 2017
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan tuduhan liar yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan pengasas produk Let’s Cantik, Nur Sajat.
Semuanya kerana isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak mengikuti rombongan Aliff ke Sepanyol.
“Tuduhan yang mendakwa saya ada hubungan dengan Sajat adalah satu perkara yang tidak berasas. Ada khabar nakal yang mendakwa saya sengaja tak mahu membawa Shahida ke Sepanyol.
“Isteri saya tidak mengikuti rombongan kami ke sana kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dia tidak selesa untuk menaiki penerbangan selama 20 jam dan risau akan kesihatan dirinya,” kata Aliff yang ditemui di majlis pelancaran single Abang Nak Tegur sebentar tadi.
Aliff terbang ke Sepanyol bersama Sajat, pembantu peribadi masing-masing serta krew produksi lain seperti Edry Abdul Halim dan Lisa Surihani untuk merakamkan muzik video lagu terbaru Aliff dan Sajat yang berjudul Abang Nak Tegur.
Semenjak dilancarkan pada hujung bulan lalu, video lirik lagu tersebut yang dimuat naik di laman YouTube mendapat jumlah ‘dislike’ hampir 330,000 pengguna.
Biarpun dikritik, video lirik itu berjaya mendapat lebih 3.7 juta tontonan.
“Pada awalnya saya risau dan rasa sedikit tertekan, tetapi saya biarkan sahaja perasaan itu dan tidak mahu memikirkan mengenai tekanan.
“Ramai ‘dislike’ tetapi tontonan masih banyak. Pihak KRU juga melancarkan Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan suara nyanyian isteri saya.
“Alhamdulillah, selepas enam hari dimuat naik, lagu itu mendapat lebih 2.7 juta tontonan di laman YouTube. Ia satu perkembangan positif,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.