Berita Tempatan “Saya Tidak Akan Mengulangi Perbuatan Saya & Mencemarkan Agama”- Safiey Ilyas Syafiqah Jalal 18/07/2018 | 12:16 MYT KENYATAAN MEDIA SAFIEY ILIAS SURAT TERBUKA BERHUBUNG ISU SEMASA Berhubung isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dikalangan masyarakat, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya kepada pengikut laman sosial saya yang beragama islam, serta seluruh rakyat Malaysia. Saya terpanggil untuk membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka berkenaan video yang tersebar bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus menjadi keruh. Saya ingin memohon maaf kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Ingin saya jelaskan disini, bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya yang telah mengganggu sensitiviti masyarakat serta mencemarkan imej agama tercinta demi kebaikan bersama. Saya menerima segala teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka. Saya juga akan mencuba sedaya upaya saya untuk menasihati teman-teman rapat saya, tidak hanya khusus kepada golongan LGBT sahaja, juga kepada rakan-rakan selebriti wanita dan juga lelaki yang dilihat melampaui batas untuk berubah kearah kebaikan. Saya berazam dan berusaha untuk belajar dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Setiap manusia tidak lari dari melalukan kesilapan. Hidup ini adalah untuk terus memberi dan memberi. Doakan saya, terima kasih. SAFIEY ILIAS 16 Julai 2018 . . @Auroraofficial_Hq #dsiempire #aurorasxpremium #aurorarosehip A post shared by SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on Jul 16, 2018 at 6:35am PDT Topik Berkaitan #Viral #Viral #LGBT #Safiey Ilyas Must-Watch Video Read more