,
Laman Utama

Sayu…Video Ahli Keluarga Minta Ibu Buka Mata, Mengucap Tular – “Itu Ibu Mentua Saya, Arwah Meninggal Pagi Tadi…”

Fiza Kamarudin
24/05/2021
23:20 MYT
Sejak semalam, tular sepotong rakaman panggilan video sebuah keluarga meratap kesedihan melihat keadaan ibu mereka, dipercayai pesakit Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.
Menerusi video berdurasi satu minit 37 saat itu memaparkan tujuh orang ahli keluarga dengan ibu mereka yang sedang bertarung nyawa.
"Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak…," hanya itu kata-kata yang dapat didengari berserta raungan mereka.
Lebih menyayat hati, apabila anak dan menantu wanita itu menangis sambil memanggil ibu mereka sebelum panggilan video ditamatkan.
Turut kedengaran, suara seorang wanita mengajar pesakit itu mengucap dua kalimah syahadah.
Bagaimanapun, ibu mereka yang dirawat di Hospital Shah Alam itu meninggal dunia selepas itu.
Sementara itu, seorang lelaki yang juga menantu kepada Allahyarham telah berkongsi mengenai berita duka tersebut di laman sosial Instagram (IG) dan Facebook (FB).
"Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Meninggal dunia di Hospital Shah Alam.
“Arwah meninggal sebab Covid-19. Tiga minggu dalam ICU (unit rawatan rapi) sebab sesak nafas perlukan bantuan oksigen.
"So, (jadi) punca kene (dijangkiti) Covid-19 adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan 'office' dia. Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berborak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat 'swab test' positif (Covid-19).
"Bawa mak mentua pergi 'test' terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu meninggal dunia. Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya," katanya.
Tangkap layar tersebut juga menjadi tular di media sosial.
Lelaki tersebut turut berkongsi mengenai tujuan video tersebut dirakam.
“Doktor membuat panggilan kepada ahli keluarga untuk melihat keadaan pesakit apabila keadaan oksigen terlalu rendah dan pelawat tidak dibenarkan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
BorakSeeni