ANTARABANGSA
Sebab Ada Permintaan, Honda Perkenalkan Versi Manual Untuk N-One
Sejak diperkenalkan 2012, Honda N-One menjadi model paling diminati bagi peminat kereta kompak di Jepun. Jentera yang diinspirasi dari model N360 keluaran tahun 1967 itu sebelum ini hanya ditawarkan dengan transmisi CVT yang menggunakan enjin tiga silinder.

Pengenalan transmisi manual ini sebenarnya agak luar biasa dalam dunia automotif ketika ini. Ini kerana banyak pengeluarkan automotif meminggirkan kotak gear manual berbanding versi automatik.

Bagi versi N-One itu, ia juga didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan termaju iaitu Honda Sensing membabitkan kawalan pelayaran adaptif dan bantuan mengekalkan laluan. Bagaimanapun, sistem ‘low-speed follow function’ untuk digunakan pada jalan sesak tidak berfungsi untuk sistem manual itu.

Jadi ia sangat sesuai penggunaan kotak gear manual dengan varian RS. Ini kerana varian itu mempunyai ciri-ciri yang sporty seperti yang boleh lihat pada model Civic dan Jazz/Fit RS.

Must-Watch Video