Sekilas
- Pelakon Mimi Lana berkongsi berita sedih tentang pemergian ibu mentuanya, Rohaya Sulaiman, pada Sabtu pagi.
- Mimi Lana memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham melalui hantaran di Threads.
- Sebelum itu, pelakon Syazwan Razak juga memohon doa selepas ibunya dimasukkan ke hospital dan berkongsi perkembangan terkini kesihatan ibu beliau.
Pelakon, Mimi Lana berkongsi berita duka apabila memaklumkan ibu mentuanya, Rohaya Sulaiman, telah meninggal dunia pada Sabtu pagi.
Menerusi hantaran di Threads, Mimi Mimi memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan Allahyarham ibu mentuanya itu.
“Al-Fatihah. Minta doakan ibu mertua saya yang baru kembali ke rahmatullah pagi ini.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah roh Rohaya Binti Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Amin, ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon Syazwan Razak berkongsi berita duka itu sendiri menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Pada Jumaat, Syazwan memohon doa orang ramai selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, Syazwan juga sempat membuat kemas kini ibunya dalam keadaan baik selepas beberapa jam di hospital.
"Ibu cakap ibu dah ada tenaga balik, Alhamdulillah. Terima kasih yang doakan," katanya.