gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
HIBURAN
Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Sebab Keadaan Saya... Tak Cukup Rehat" - Lee Zii Jia Tarik Diri Sukan Komanwel 2022, Fokus Kejohanan Dunia

Mya Amri
Mya Amri
23/06/2022
05:09 MYT
Sponsor Banner
“Sebab Keadaan Saya... Tak Cukup Rehat" - Lee Zii Jia Tarik Diri Sukan Komanwel 2022, Fokus Kejohanan Dunia
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sah menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
Temasya sukan itu dijadualkan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos.
Menurut Zii Jia, dia memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan Komanwel disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini.
Selain berhasrat untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, dari 22 hingga 28 Ogos ini.
"Keputusan ini susah diambil.. Sebab keadaan saya. Saya ambil bahagian dalam banyak kejohanan dalam tempoh singkat, saya rasa saya tidak cukup rehat dan terpaksa memilih antara Sukan Komanwel atau Kejohanan Dunia.
“Saya juga sudah maklumkan kepada anggota pasukan saya dan kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia," katanya.
Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan termasuk menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Majlis Sukan Negara serta Persatuan Badminton Malaysia dan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas sokongan mereka yang mahu melihatnya beraksi di Birmingham sebelum ini.
Walaupun tidak beraksi di Birmingham, Zii Jia tetap memberi jaminan akan memberikan aksi terbaiknya pada dua kejohanan badminton di Malaysia iaitu Terbuka Malaysia dari 28 Jun hingga 3 Julai ini diikuti Masters Malaysia dari 5 hingga 10 Julai.
Pemain kelima terbaik dunia itu akan membuka tirai kempen Terbuka Malaysia menentang pemain Perancis, Toma Junior Popov manakala salah seorang pemain dari peringkat kelayakan menantinya pada pusingan pertama Masters Malaysia.
BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Tarik Diri
#Lee Zii Jia
#Sukan Komanwell 2022
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement