Gaya Hidup

Sebak Lihat Foto Anak Dengan Ketumbuhan, Bapa Padam Banyak Gambar Kenangan Lama Ainul Mardhiah

gempak
Azwa Rahman
25/07/2019
08:45 MYT
Sponsor Banner
Sebak Lihat Foto Anak Dengan Ketumbuhan, Bapa Padam Banyak Gambar Kenangan Lama Ainul Mardhiah
Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin mengakui sudah memadam banyak gambar lama puteri sulungnya di laman sosial.
Menerusi laman sosial Facebook, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkongsi satu hantaran berkenaan dengan tindakannya itu.
Ini berikutan dia tidak mahu mengingati penderitaan yang pernah dilalui anaknya dulu.
“Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat.
“Allah izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan Allah juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan dari tubuh badan Ainul,” tulisnya panjang lebar.
Tambahnya lagi, dia sedih dan sebak apabila melihat perbandingan Ainul yang dulu dan yang sekarang kerana seperti tidak percaya yang anaknya itu telah mengharunginya selama ini.
“Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.
“Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui masih menyimpan beberapa keping gambar lama untuk ditunjukkan kepada Ainul satu hari nanti supaya anaknya itu menjadi insan yang lebih baik.
Pada 10 Jun lalu, Ainul yang menghidap ‘Germ Cell tumor’ selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah hospital di United Kingdom.
Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024