Laman Utama
Sebelum Bergelar Penyanyi, Yonnyboii Pernah DM Alyph Tapi Tak Dilayan... Dah Kenapa?
Penyanyi dan rapper Yonnyboii mendedahkan dia pernah menghantar mesej peribadi kepada idolanya yang juga penyanyi Alyph sebelum dirinya bergelar seorang selebriti.
Mengagumi bakat Alphy, Yonnyboii mengakui dia sebenarnya sudah lama memasang impian untuk mempunyai lagu duet dengan penyanyi kelahiran Singapura itu.
“Saya dah lama simpan impian nak berduet dengan Alyph. Salah satu cerita yang orang tak tahu, saya sebenarnya pernah DM Alyph di Instagram. Saya DM Alyph tu masa belum jadi artis lagi.
“Saya masih ingat saya tulis ‘Hi Alyph, macam mana nak buat lagu? Boleh tolong beri tunjuk ajar? Boleh saya datang ke studio?’,” kata Yonnyboii kepada Gempak.
Yonnyboii dan Alyph ditemui pada majlis pelancaran single duet mereka berjudul Sengkek yang diadakan di The Face Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perkara itu, Alyph bagaimanapun mengakui dia tidak membalas DM Yonnyboii kerana terlepas pandang untuk membaca mesej tersebut.
“Saya rasa saya tidak membaca mesej yang diberikan Yonny ketika itu. Biasalah kadangkala kita terlepas pandang dengan mesej-mesej yang dikirim oleh orang ramai.
“Selepas mendengar lagu-lagu Yonnyboii, saya sendiri menghantar mesej kepadanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan karya lagu terbaik.
“Bila Yonny balas mesej itu, dia kata tolong jangan baca mesej-mesej sebelum ini. Daripada situ baharu saya sedar dia pernah menghantar mesej kepada saya.
“Selepas tahu dia pernah mengirim mesej, saya sangat hormat dengan tindakannya kerana Yonny seorang artis yang penuh dengan semangat,” kata Alyph.
Untuk info, lagu Sengkek yang merupakan hasil ciptaan SonaOne manakala liriknya pula nukilan Yonnyboii dan Alyph sendiri.
Must-Watch Video