Pelakon dan personaliti TV, Uyaina Arshad dinasihati untuk melakukan pembedahan berkenaan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya.
Menurut Uyaina, walaupun sudah dinasihati melakukan pembedahan, dia telah berbincang dengan doktor yang terlibat untuk cuba menangguh pembedahan itu.
"Sebenarnya saya kena buat pembedahan, doktor sudah menasihati saya untuk berbuat demikian, tapi saya cuba untuk menangguhnya.
"Saya telah berbincang dengan doktor untuk menangguhnya, jika saya lakukan sekarang, saya harus hentikan semua aktiviti seni buat sementara waktu.
"Alhamdulillah, keadaan jantung saya masih terkawal dan pembedahan itu masih boleh ditangguh," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Uyaina mengatakan penjagaan kesihatan dan gaya hidup positif adalah perkara paling utama yang harus dititikberatkan olehnya.
"Walaupun saya ada mengambil ubat, tapi perkara yang paling penting adalah pemakanan dan gaya hidup saya setiap hari, saya juga harus sentiasa mengawal emosi sebaik mungkin," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina bakal muncul dalam slot Mega Drama : Curi Curi Cinta yang turut menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sebagai watak utama.
Ia akan ditayangkan mulai 29 April ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).