Lebih dikenali sebagai penyanyi rock yang mendendangkan lagu jiwang tapi kali ini penyanyi popular, Afee Utopia muncul dengan lagu terbaharu berkonsep kemasyarakatan.
Lagu yang diberi judul Buai ciptaan sendiri bersama komposer Ajo ini bukan hanya hiburan kosong semata-mata tapi membawa mesej penting pada pendengar.
"Sebenarnya, saya tak tahan nak keluarkan lagu ini selepas kejadian tragis adik Adam Raikal yang meninggal dunia didera pengasuh sehingga disorok dalam peti ais.
"Rumah pengasuh itu terletak di lorong sebelah rumah saya sendiri. Saya berkata pada diri sendiri, kalau macam ini tak boleh jadi seolah kena batang hidung sendiri dan saya perlu keluarkan lagu ini," katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun sinonim dengan lagu membawa kisah cinta dengan genre rock pada zaman 90-an, Afee menjelaskan rakaman lagu ini pula mengambil masa yang panjang hampir 6 tahun sebelum dikeluarkan pada penghujung tahun lalu.
"Asalnya, lagu ini datang daripada penulis lirik lagu Mithali Cintaku, Ajo yang memberi idea pada saya menyanyikan lagu mengenai kes buang bayi. Lagu ini khusus untuk masyarakat yang membuatkan saya terfikir banyak kes dera dan pembunuhan bayi berlaku sehingga dibuang ke tepi longkang dan sungai.
"Bayi ini bukan untuk dibuang tapi seharusnya dibuai. Mereka bukan diminta untuk dilahirkan apatah lagi mengapakah mereka diperlakukan sedemikian rupa. Kadang-kadang orang tak faham dan menerusi lagu ini saya harap mesejnya sampai pada masyarakat dan juga tradisi membuai bayi kembali.
"Zaman sekarang, kebanyakan anak dihantar kepada pengasuh dan tidak pernah dibuai. Dulu saya juga buai adik, sampaikan sambil buai, sambil itu praktis vokal," katanya.
Sebagai anak seni, Afee mengakui dia rasa tanggangjawab untuk menghasilkan lagu ini sebagai usaha mendidik masyarakat ke arah kehidupan yang penuh dengan kasih sayang.
Teks oleh: Elrafaei Sapi