Sebuah kawasan paya berumput yang damai di utara tanah air, kampung Sahabat, Perlis tular apabila berjaya menarik perhatian gergasi teknologi Apple.

Menerusi laman sosial Instagram, Apple berkongsi sekeping foto milik anak Malaysia tentang kampung halamannya itu untuk tatapan umum.

Berlatarbelakangkan Bukit Nakawan, anak muda tersebut dikenali sebagai Dinie Aiman Sukhaizar, 20, seorang penuntut tahun satu di Univeriti Utara Malaysia yang berasal dari Kampung Guru di Kangar.

Memetik laporan Astro Awani, Dinie menggunakan iPhone 7 Plus dan meminta rakannya untuk menjadi 'model’ berlatarbelakangkan Bukit Nakawan.

“Humanity turns a photo into a story." #malaysia #ShotoniPhone by Dinie A. @dinnyaiman

A post shared by apple (@apple) on

“Di suatu ketika pagi itu, fajar hanya baru sejengkal membuka tirai. Hembusan lembut bayu pagi di desa. Mengukit senyuman ketenangan,” tulis Dinie sebagai kapsyen foto asalnya.

Pada November lalu, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram jenama itu yang kini memiliki 21 juta pengikut seluruh dunia.

“Kemanusiaan menjadikan gambar biasa satu cerita,” tulis Apple sebagai kapsyen paparan semula foto Dinie.

Hasil tinjuan Gempak di ruangan komen, rata-rata warga dunia memberi reaksi positif terhadap keindahan foto tersebut.

Foto Kampung Sahabat itu sehingga kini telah menerima hampir 310,000 tanda suka daripada warga dunia.

Sumber: Astro Awani