,
Laman Utama

Sebutan Semula Kes Neelofa, PU Riz Ditangguh Lagi

Awani
11/08/2021
18:13 MYT
Sebutan semula kes membabitkan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, ditunda lagi.
Peguam pasangan itu, Haresh Mahadevan berkata, bagaimanapun tarikh sebutan baharu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Sebutan pengurusan kes ini terpaksa ditangguhkan lagi kepada satu tarikh baharu dan saya akan maklumkan kepada media esok (hari ini),” katanya kepada AWANI.
Sebelum ini, media melaporkan tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, adalah pada 23 Jun, sebelum ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, disebabkan PKPD di Seremban ketika itu, ia sekali lagi ditangguhkan kepada esok (12 Ogos).
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka.
Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.
Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
05/11/2024
21:51 MYT
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.
Unitar