Viral
‘Sedap’ S*ks Oral, Mabuk Saat Memandu, Pemuda Langgar Lari Warga Emas
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditangkap pihak berkuasa Jogjakarta, Indonesia selepas terbabit dengan kemalangan langgar lari yang berlaku pada Khamis lalu.
Dikenali dengan identiti MTA, pemuda tersebut telah melanggar seorang warga emas berusia 45 tahun sehingga maut. Mayat mangsa yang cedera parah ditemui orang ramai di tepi jalan.
Menerusi pengakuannya, suspek memberitahu meninggalkan kawasan kemalangan kerana mabuk selain sewaktu kejadian sedang melakukan aksi tidak senonoh sambil memandu.
MTA mengaku teman wanitanya sedang melakukan seks oral sewaktu dia memandu sebelum melanggar warga emas yang disangka tiang.
“Kami baru habis minum (mabuk). Saya tidak sedar telah melanggar orang. Saya sangka saya langgar tiang,” akui pemuda itu kepada pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan Detik.com.
Akibat insiden tersebut, MTA berdepan beberapa pertuduhan termasuk melanggar akta jalan raya sehingga menyebabkan kematian.
Must-Watch Video